KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki maut manakala kakaknya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah kenderaan pancuan empat roda (4WD) di Kilometer 11 Jalan Datuk Mohd Musa, di sinisekitar jam 8.20 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Ronaldo Savio Nyigot berusia 23 tahun.
“Dipercayai motosikal yang datang dari arah Batu Tujuh menuju ke Kota Samarahan hilang kawalan lalu melanggar belakang 4WD tersebut (arah yang sama) menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
“Manakala pembonceng (kakak mangsa) yang berusia 37 tahun mengalami cedera parah dan telah dirujuk ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak,” katanya.Kes tersebut masih dalam siasatan di bawahSeksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Utusan Borneo Online