Lelaki maut, perahu karam selepas dirempuh kayu hanyut di Samarahan 0 5581

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki maut selepas perahu kecil yang dinaiki bersama-sama iparnya pecah dan karam di sungai Kampung Baru di sini malam tadi.

Iparnya yang enggan dikenali memberitahu, insiden berlaku sekitar jam 8.50 malam tadi, apabila bot yang digunakan oleh kedua-duanya untuk memancing tiba-tiba dirempuh oleh sebatang kayu besar yang hanyut.

“Ia menyebabkan bot tersebut pecah, terbalik dan karam.

“Saya kemudian sempat menangkap tangan dan badan mangsa, seraya membawanya berenang ke tebing.

“Setibanya di tebing, mangsa mengalami sesak nafas dan saya segera mendapat pertolongan daripada penduduk kampung.

Pihak hospital kemudian dimaklumkan dan petugas paramedik Pusat Rawatan Jantung Hospital Umum Sarawak dikejarkan ke lokasi untuk membantu.

Mangsa bagaimanapun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

Identiti mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Ahmad Zaidi Buang, 39 tahun dari Kampung Tambey.

Mayatnya kemudian diserahkan kepada Polis Samarahan untuk proses bedah siasat di Hospital Umum Sarawak. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15428

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news