Miri: Seorang lelaki warga Indonesia dilaporkan melecur dalam satu kebakaran melibatkan sebuah rumah panjang di Jalan Beluru Lapok berdekatan Sk Long Lapok sekitar jam 12.42 malam tadi.
Menurut info pihak bomba kebakaran tersebut telah memusnahkan 100 peratus rumah panjang tersebut.
Kebakaran tersebut juga telah memusnahkan sebuah kenderaan jenis Toyota hilux Vigo double cab
Setakat ini kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 2.40 pagi tadi dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. -Kamek Miak Sarawak