Pengusaha stesen minyak salahkan Najib atas kerugian 0 5992

Persatuan pengusaha stesen minyak berkata, beribu-ribu anggotanya terpaksa menutup perniagaan kerana dasar kerajaan BN berkaitan harga minyak.
PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) memuji kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana menambah komisen mereka sebanyak 3 sen setiap liter dan pada saat sama menyalahkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana menyebabkan ribuan pengusaha tutup kedai.

Ia berkata, di bawah kerajan Barisan Nasional (BN), kadar komisen tidak berubah sepanjang dekad lepas, yang memberi kesan ke atas pendapatan pengusaha dan memaksa ramai daripada mereka menutup perniagaan.

“Ramai pengusaha terpaksa menutup perniagaan, ramai pekerja hilang sumber pendapatan dan lebih banyak keluarga menjadi mangsa kerajaan Najib yang tidak pernah mengambil langkah perlu bagi membetulkan keadaan,” kata PDAM.

PDAM juga mempersoal dakwaan Najib bahawa kerajaan kini membantu pengusaha meraih keuntungan daripada harga baru minyak.

“Ia memberi gambaran seolah-olah pengusaha stesen minyak mendapat RM30 juta setiap bulan.

“Bagaimanapun jika anda bahagikan angka itu dengan 3,500 stesen minyak yang terdapat di seluruh negara, maka pertambahan purata keuntungan kasar ialah sebanyak RM8,500 sebulan bagi setiap stesen. Dalam pada itu, pertambahan kos yang ditanggung pengusaha sepanjang 10 tahun lepas melebihi RM10,000 sebulan,” katanya.

Persatuan itu berkata, hanya 10% daripada pengusaha termasuk dalam kategori jualan tinggi melebihi 600,000 liter sebulan, 67% tergolong dalam kategori jualan rendah ke sederhana di bawah 400,000 liter, sementara baki 20% lagi menjual kurang daripada 200,000 liter setiap bulan.

“Mereka yang menjual kurang 200,000 liter memperoleh pendapatan kira-kira RM1,500 sebulan,” katanya.

Ia berkata, kerajaan sebelum ini sedar tentang kesan pengenalan sistem apungan mingguan petrol RON95 ke atas 32,000 peniaga minyak di seluruh negara.

Ia juga berkata, keadaan itu diperburukkan lagi oleh peningkatan kos pekerja, caj kad kredit dan bayaran sewa kepada syarikat minyak.

PDAM berkata, berdasarkan statistik BN sendiri, ramai pengusaha layak menerima bantuan tunai di bawah BR1M kerana berpendapatan kurang RM4,000 sebulan.

Semalam kerajaan memperkenalkan semula sistem harga apungan mingguan menyebabkan harga petrol RON95 turun dari RM2.20 ke RM1.93 seliter

Najib bagaimanapun berkata, harga runcit RON95 sepatutnya berada pada paras RM1.90, bukan RM1.93 setiap liter. -Free Malayasia Today

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12903

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news