Lelaki mengaku tidak bersalah ugut bapa sendiri di Miri 0 6300

MIRI: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap bapa kandungnya sendiri.

Tertuduh, 32, didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong berkata tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan RM2,500 dengan dua penjamin tempatan.

“Bagaimanapun, tertuduh yang tidak dapat membayar ikat jamin diperintahkan ditahan lanjut mengikut Seksyen 259 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, hari ini.

Denis berkata suspek terbabit ditangkap polis di sebuah rumah di Pujut 5A pada jam 3.45 pagi Jumaat (21 Disember).

Difahamkan, suspek ditangkap setelah disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap bapanya ketika mengamuk tidak diberikan wang. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news