Lelaki nyaris maut dihempap pokok rumbia di Mukah 0 7142

MUKAH: Seorang lelaki nyaris maut selepas pokok rumbia yang ditebang menghempapnya dalam insiden di Sungai Basung, Jalan Kampung Sesok di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu mangsa serta isteri berhasrat untuk mengambil pokok rumbia sebelum pokok yang ditebang sendiri mangsa itu tumbang lalu menghempapnya.

“Semasa kejadian pokok rumbia yang tumbang lalu mengelungsur ke arah mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, hari ini.

Bagaimanapun mangsa tidak sempat melarikan diri kerana kakinya yang tenggelam dalam lumpur.

“Keadaan itu menyukarkannya bergerak dan mengelak daripada ditimpa batang rumbia sebelum menghempap pada bahagian pinggang,” katanya.

Bertindak daripada panggilan orang awam, pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam segera ke lokasi kejadian.

Mangsa akhirnya berjaya diselamat dan dihantar ke Hospital Mukah untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan hanya mengalami kecederaan pada bahagian pinggang.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13157

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12627

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news