Bintulu: Seorang lelaki warga asing ditahan oleh polis kerana menyembunyi syabu di dalam kotak rokok di Jalan Abang Galau, Bintulu sekitar jam 12 tengah hari semalam.
Menurut info awal, hasil pemeriksaan ke atas suspek berusia 23 tahun itu, pihak polis telah menemui 5.6 gram syabu bernilai kira-kira RM700 di dalam kotak rokok.
Setakat ini suspek telah ditahan untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun bersama tiga hingga lima sebatan jika sabit kesalahan. – Kamek Miak Sarawak