Lelaki warga emas ditahan disyaki merogol 0 5826

SIBU: Seorang lelaki warga emas, 63, ditahan selepas disyaki merogol wanita berumur 55 tahun empat kali di sebuah rumah sewa dekat sini, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 8.00 pagi itu, mangsa, telah ditarik tangannya dan ditutup mulut sebelum ditarik ke dalam bilik suspek.

Semasa kejadian, mangsa sedang berada dalam bilik mandi apabila pergelangan tangan kanannya ditarik dan dibawa masuk ke dalam bilik suspek sebelum merogolnya.

Difaham, suspek, seorang pengawal keselamatan dan berasal dari Kanowit dipercayai berada dalam pengaruh alkohol semasa kejadian.

Siasatan awal polis mendapati mangsa telah dirogol oleh suspek beberapa kali.

Mangsa tidak melawan kerana badan suspek besar dalam insiden terakhir (kelima) pada 2 Ogos lalu.

Suspek juga dikatakan ada memberi wang kepada mangsa RM30 pada kejadian pertama tetapi tidak memberi duit selepas tiga kejadian yang seterusnya.

Apabila mangsa cuba meminta wang pada kali terakhir iaitu kejadian kelima 2 Ogos lalu, suspek mengugut untuk membunuhnya.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi memberitahu suspek ditahan selepas satu laporan dibuat mangsa semalam.

“Suspek direman selama tujuh sehingga 9 0gos untuk siasatandibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” tambah beliau. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12981

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12261

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news