Lelaki warga emas selamat, kereta jatuh ke dalam Sungai Krian di Saratok 0 51

Saratok: Seorang lelaki warga emas berdepan detik mencemaskan sekitar jam 7.30 pagi tadi apabila kereta yang dinaikinya jatuh ke dalam Sungai Krian.

Menurut info awal, mangsa dikenali sebagai Ali Anak Ranggi berusia 66 tahun. Mangsa dikatakan terlajak memandu kereta milik ya sebelum Feri sampai ke Pangkalan.

Bagaimanapun mangsa berjaya menyelamatkan diri dan bertindak keluar dari kereta. Mangsa juga dibantu oleh operator Feri – Kamek Miak Sarawak 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jenazah Michael Garing Akan Tiba Di Lapangan Terbang Sibu Hari Ini 0 17

SIBU: Jenazah Michael anak Garing yang disabitkan bersalah atas tuduhan bunuh pada 2015 akan tiba di Lapangan Terbang Sibu hari ini. Michael telah dihukum gantung di Penjara Changi, Singapura pagi semalam.

Jenazah akan tiba Lapangan Terbang Sibu hari ini sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kapit.

Menurut info Michael memeluk Islam ketika di penjara dan memilih nama Muhammad Arif Sufi sebagai nama Islamnya. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news

Suspek kes pecah masuk Klinik Kesihatan Santubong diberkas polis 0 12

KUCHING: Dua lelaki warga tempatan ditangkap pada Khamis lepas kerana disyaki terlibat kes pecah masuk Klinik Kesihatan Santubong, baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Superintenden Ismail Mahmood berkata, kedua-dua suspek ditangkap oleh anggota Cawangan Khas Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching hasil risikan dan maklumat awam.

Menurutnya, kejadian pecah masuk tersebut berlaku pada 20 Mac lalu, di mana beberapa barang termasuk komputer riba, mesin pencuci dan telefon bimbit dilaporkan hilang.

“Suspek berjaya ditangkap dan barang yang dilaporkan hilang dalam kejadian tersebut juga telah berjaya dijumpai semula,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk memastikan sekiranya kumpulan suspek ini ada terlibat dalam kes pecah masuk dan curi yang lain.

“Sekiranya didapati bersalah, suspek boleh diambil tindakan penjara sehingga 14 tahun, denda dan sebatan,” kata Ismail. – Utusan Borneo Online

Spread the news
DON’T MISS OUT!
Subscribe To Newsletter
Be the first to get latest updates and exclusive content straight to your email inbox.
Stay Updated
Give it a try, you can unsubscribe anytime.
close-link