Letupan di City One Megamall tidak ubah seperti zon perang 0 18662

KUCHING: Bukan satu, tetapi dua kali letupan berlaku menggegarkan pusat beli-belah CityOne Megamall, di sini petang tadi.

Ini dinyatakan seorang saksi kejadian yang juga kakitangan penyelenggaraan pusat beli-belah itu ketika kejadian berlaku kira-kira jam 3.20 petang.

“Berlaku dentuman kuat sebanyak dua kali disusuli rasa bergegar dan bahang panas sehingga dapat dirasakan di tempat saya bertugas di tingkat satu.

“Impak letupan cukup kuat dan dapat dirasakan sehingga menjangkau jarak 100 meter dari lokasi kejadian yang berada di tingkat bawah,” katanya.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, suasana agak panik ketika itu, lebih-lebih lagi selepas dinding restoran berkenaan runtuh dan menghempap beberapa pekerja kontraktor.

Salah seorang mangsa yang cedera dibawa keluar oleh anggota bomba dan orang ramai selepas letupan kuat di pusat beli belah CityOne Megamall, di Jalan Song pada pukul 3.30 petang tadi. Setakat 6 petang tadi tiga maut, 25 orang cedera manakala tujuh kritikal.

“Ketika kejadian, pusat beli-belah ini agak sibuk dan dipenuhi pengunjung. Saya terdengar jeritan kesakitan, tangisan dan meminta pertolongan.

“Suasana tidak ubah seperti ‘zon perang’, dengan kelihatan beberapa mangsa bergelimpangan menahan kesakitan, selain melecur,” katanya.

Ketika kejadian, saksi tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, namun memberanikan diri membantu menyelamatkan beberapa mangsa dengan membawa mereka keluar dari pusat beli-belah berkenaan.

“Kemudian, barulah saya dimaklumkan oleh rakan setugas bahawa berlaku kejadian letupan gas di sebuah restoran yang sedang diubahsuai di tingkat bawah.

“Difahamkan, kejadian berlaku ketika beberapa pekerja sedang menguji peralatan dapur di restoran berkenaan sebelum gas tiba-tiba meletup sehingga meranapkan keseluruhan premis itu dan premis bersebelahan,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung kompleks berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Johny Ting, 66, berkata, beliau bernasib baik kerana kejadian itu berlaku hanya beberapa meter daripadanya.

“Ketika itu saya berada di atas tangga bersebelahan restoran berkenaan. Letupan itu cukup kuat sehingga saya boleh nampak dengan jelas serpihan dinding berterbangan.

“Saya tergamam seketika apabila melihat ramai yang terbaring di depan restoran yang runtuh itu,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13011

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news