Liew: Tiada maklumat baru untuk siasat semula Taib Mahmud 0 5878

Tiada bukti dan keterangan baru berkenaan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa Yang di-Pertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong.

Dalam jawapan bertulis parlimen 16 Julai, beliau berkata SPRM ada menerima maklumat daripada Bruno Manser Fund dan Sarawak Report tetapi ia bukan perkara baru.

“Namun isi kandungan maklumat tersebut adalah sama seperti siasatan yang telah dibuka sebelum ini. Ianya bukan keterangan baru untuk membolehkan SPRM membuka kertas siasatan yang baru.

“Sekiranya ada bukti-bukti baru, tiada sekatan kepada SPRM untuk membuka semula siasatan,” katanya sambil memaklumkan peguam negara telah mengkaji kes yang dibuka terhadap Abdul Taib dan memutuskan tiada pendakwaan.

Beliau menjawab soalan Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching) yang bertanya sama ada Abdul Taib dan individu dan pihak yang dekat dengannya akan disiasat semula berikutan “bukti baru yang dikemukakan atas kerjasama oleh Bruno Manser Fund dan Sarawak Report”.

Pada Mei 2018, Bruno Manser Fund menawarkan untuk memberikan maklumat baru kepada SPRM berkenaan dakwaan rasuah terhadap Abdul Taib yang merupakan bekas ketua menteri Sarawak.

Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown juga datang ke Malaysia atas tujuan sama, tahun lalu.

Pada Jun 2018, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak boleh mengambil tindakan terhadap Najib tanpa laporan baru.

Sebulan kemudian, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull berkata pihaknya tidak dapat mengambil tindakan terhadap Taib walaupun membuka 15 kes.

Beliau berkata kes-kes itu dibukat pada 2015 dan 2016, dan siasatan menunjukkan tiada yang dapat dikaitkan dengan Taib memandangkan keputusan dibuat oleh orang lain.

Awal bulan ini, PSM menggesa Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya untuk membuka semula siasatan terhadapnya.

Menjadi ketua menteri sejak 1981 hingga 2014, pentadbiran Taib dipenuhi dakwaan rasuah, penebangan hutan tak terkawal dan penglibatan keluarga dalam projek-projek kerajaan. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12984

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12364

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news