Lima lelaki ditahan kerana terlibat dengan dadah di Betong 0 6678

BETONG: Lima lelaki ditahan pihak AADK kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di Betong semalam.

Menurut info kesemua suspek ditahan setelah saringan air kencing yang dijalankan positif dadah jenis syabu.

Kesemua suspek yang ditahan berusia awal 20an dan 50an. Dua daripada suspek berasal dari kawasan Maludam. Manakala suspek yang lain masing-masing berasal dari Mangut, Betong dan Debak.

Setakat ini Kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (APD) Rawatan dan Pemulihan (R&P) 1983. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13954

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13119

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news