MCMC siasat pihak hina Agong di media sosial 0 5680

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap pihak yang menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial.

Menurut kenyataan MCMC hari ini, pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah memuat naik imej yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook semalam.

Suruhanjaya itu berkata siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima MCMC daripada orang ramai supaya tindakan segera diambil terhadap pihak berkenaan.

“MCMC juga telah dimaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia juga sedang menjalankan siasatan. Penyelarasan siasatan dan perkongsian maklumat sedang giat dijalankan,” katanya.

Kenyataan itu berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar untuk menyebarkan berita dengan niat mengganggu orang lain.

Jika didapati bersalah, pihak berkenaan boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

— BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news