Lima sekeluarga maut kereta dirempuh treler dan bas di Jalan Sibu Selangau 0 5960

SIBU: Lima sekeluarga maut apabila kenderaan dinaiki dirempuh oleh lori treler sebelum bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 45 Jalan Sibu-Selangau , hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang, lima mangsa yang maut termasuk seorang pemandu lelaki, dua wanita dewasa dan dua kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur empat dan 12 tahun.Ketua

Polis Daerah Dalat, DSP Roslan Leman berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki mangsa sedang bergerak dari Jalan Sibu menuju ke arah Selangau.

“Kereta yang dinaiki lima sekeluarga itu dipercayai membrek secara mengejut menyebabkan lori treler yang berada di belakang tidak sempat menggelak dan menolak kereta dinaiki mangsa ke laluan bertentangan, sehingga bertembung dengan sebuah bas ekspres,” katanya hari ini.

Katanya, kejadian itu turut menyebabkan dua buah kenderaan lain iaitu sebuah pacuan empat roda dan sebuah lagi kereta turut terjejas.Menurut Roslan, identiti kelima-lima mangsa yang maut masih belum dapat dikenalpasti,Sehingga berita ini ditulis, pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dalat, pasukan paramedik Hospital Sibu serta pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu masih berada di lokasi untuk memberi bantuan kecemasan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news