Liverpool kalah lagi 0 6349

WOLVERHAMPTON, United Kingdom: Liverpool tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tumbang 1-2 kepada Wolves sebentar tadi – ketika Jurgen Klopp terpaksa membayar harga mahal apabila menurunkan skuad kedua termasuk tiga pemain remaja di Molineux.

Gol jaringan Raul Jimenez dan Ruben Neves di setiap babak perlawanan sudah cukup membolehkan tuan rumah melangkah ke pusingan keempat, walaupun Divock Origi berjaya merapatkan jurang buat Liverpool selepas waktu rehat.

Selepas kekalahan pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris kepada Manchester City, pada awal pagi Jumaat lalu, Klopp melakukan sembilan pertukaran dalam kesebelasan utama pasukannya.

Hanya James Milner dan Dejan Lovren kekal dalam senarai, tetapi Lovren hanya beraksi selama enam minit sebelum digantikan pemain berusia 16 tahun, Ki-Jana Hoever.

Rafael Camacho dan Curtis Jones juga terbabit dalam perlawanan ini, namun pemain paling berpengalaman Liverpool, Milner melakukan kesilapan yang memberikan gol pertama tuan rumah.

Diogo Jota memerangkap bekas pemain kebangsaan England ini di bahagian tengah dan melorongkan bola kepada Jimenez yang gagal dipintas Fabinho.

Pemain Mexico ini cukup tenang menyudahkan hantaran bola rendah melepaskan penjaga gawang, Simon Mignolet untuk meledak gol ketujuh musim ini.

Tanpa Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane, Liverpool dilihat bergelut untuk melakukan serangan.

Namun, pelawat berjaya merapatkan jurang apabila Origi meledak jaringan selepas enam minit perlawanan bersambung di babak kedua apabila menewaskan John Ruddy.

Wolves, yang memang terkenal sebagai pasukan yang kerap melakukan kejutan dalam Liga Perdana, kembali bersaing selepas jaringan penyamaan berkenaan.

Selepas menumbangkan Chelsea, Tottenham, City, Manchester United serta Arsenal di Liga Perdana, kini Liverpool berada dalam senarai pasukan yang kalah kepada skuad bimbingan Nuno Espirito Santo.

Mereka perlu berterima kasih Neves yang meledak gol kemenangan, apabila pemain Portugal melakukan percubaan jarak jauh yang cukup padu pada jarak 30 kaki untuk menewaskan Mignolet.

Ruddy pula melakukan aksi menyelamat yang cukup baik untuk menafikan percubaan Xherdan Shaqiri yang memburu gol penyamaan kedua, – hasil sepakan percuma yang menarik.

Klopp kemudiannya memasukkan Salah dan Firmino pada 20 minit terakhir perlawanan, namun masih gagal mencetus impak kebangkitan. Kini, pemilihan pemain yang dilakukan Klopp mula menjadi persoalan serius.

Ketika Liverpool sudah pun tersingkir daripada Piala Liga, jurulatih dari Jerman ini perlu menjulang trofi liga pertama dalam tempoh 29 tahun atau Liga Juara-Juara untuk mengelak daripada badi empat tahun tanpa sebarang gelaran – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7793

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5407

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news