LRT di Kuching lebih murah, kata Abang Jo 0 6009

KOTA SAMARAHAN: Sistem Aliran Ringan (LRT) yang bakal dilaksanakan di Kuching dan kawasan sekitarnya, tidak akan menelan belanja yang mahal.

Memberi kepastian demikian ketika berucap di mesyuarat PBB Zon 2 di Dewan Suarah di sini semalam, Ketua Menteri berkata, projek itu tidak akan menelan belanja mahal seperti yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia.

Kenyataan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg itu sekali gus menafikan dakwaan parti pembangkang.

Minggu lalu Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jeng mahu Ketua Menteri mendedahkan lebih banyak maklumat tentang projek itu, dan bukan sekadar menyatakan ia bakal siap dalam tempoh sepuluh tahun.

Kata Abang Johari, beliau akan mengumumkan projek itu dengan lebih terperinci pada Mac nanti, sambil menambah, kerajaan negeri tidak semestinya mengikut model yang digunakan di Semenanjung.

Katanya, kerajaan negeri telah melakukan penyelidikan, sebelum mengumumkan lebih lanjut tentang projek itu.

Idea baharu yang dicetuskan Ketua Menteri itu bakal meredakan kesesakan yang dialami pengguna jalan raya di bandar raya Kuching dan kawasan sekitarnya.

Kini, pengguna jalan raya mengalami kesesakan teruk pada waktu puncak dari sini ke Kuching.

“Adakah mereka fikir kerajaan negeri bodoh? Kita tahu apa yang kita buat. Ada alternatif lain yang lebih murah untuk membina LRT untuk rakyat di Sarawak,” katanya, sambil menegaskan antara alternatif ialah menggunakan hidrogen, dan bukannya elektrik, serta landasan tidak semestinya dibina di atas jalan seperti dilakukan di Semenanjung. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news