Mahkamah batal kemenangan BN di DUN Rantau, arah PRK serta merta 0 6312

SEREMBAN – Mahkamah Tinggi Seremban hari ini mengisytiharkan kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah batal dan tidak sah.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk Azimah Omar yang mengarahkan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan serta merta di kerusi itu yang sebelum ini dimenangi oleh Mohamad tanpa bertanding.

Petisyen ke atas kerusi DUN Rantau difailkan oleh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. S. Streram yang juga calon PKR bagi kerusi itu pada 23 Mei lalu.

Pada 28 April 2018, Mohamad diumumkan menang tanpa bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Rantau, Amino Agos Suyub berikutan Streram gagal menghantar borang penamaan calon.

Streram gagal menghantar borang penamaan calon selepas tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau kerana tidak mempunyai pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berikutan itu, Streram memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan PRU-14 bagi kerusi DUN Rantau di Mahkamah Tinggi Seremban pada 23 Mei 2018.

Streram yang juga pakar bius menamakan Mohamad sebagai responden pertama, Amino Agos (kedua) dan SPR (ketiga).

Azimah dalam penghakimannya berkata, seramai 19 saksi telah memberi keterangan sepanjang 12 hari petisyen itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini.

Menurut beliau, mahkamah mendapati tidak wujud undang-undang tentang keperluan pas untuk calon PRU-14 masuk ke dalam dewan penamaan calon bagi mengemukakan borang pencalonan.

Katanya, halangan yang dikenakan keatas Streram pada hari penamaan calon PRU-14 adalah tidak munasabah dan satu penindasan.

“Responden kedua dan ketiga tidak mematuhi, engkar dan cuai dalam melaksanakan tugas rasmi yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

“Mahkamah mengisytiharkan Mohamad tidak dipilih secara sah dan satu PRK diadakan untuk DUN Rantau dengan serta merta,” katanya. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13125

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news