Mahmud Abu Bekir diperintah bayar mutaah RM30 juta kepada bekas isteri 0 6059

KUALA LUMPUR: Anak Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib perlu membayar mutaah RM30 juta kepada bekas isterinya, Shahnaz Abdul Majid selepas Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini mengekalkan perintah pembayaran mutaah yang diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah.

Hakim Syarie Saarani Ismail dan Datuk DrMohd Naim Mokhtar yang bersidang bersama membuat keputusan itu selepasmenolak rayuan Mahmud Abu Bekir, 55, dan rayuan silang oleh Shahnaz, 55.

Sebelum ini rayuan itu didengar di hadapan panel tiga hakim dipengerusikanHakim Syarie Datuk Yusof Musa.

Bagaimanapun hanya Hakim Saarani dan Dr Mohd Naim yang bersidang kerana Hakim Yusof telah bersara.Mahmud Abu Bekir merayu untuk mengurangkan jumlah mutaah yang diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah pada 10 Mac 2016 manakala Shahnaz dalam rayuan silangnya memohon jumlah RM30 juta ditambah kepada RM100 juta.

Panel berkenaan juga memerintahkan ahli perniagaan itu membuat bayaran nafkah mutaah tersebut secara tiga kali ansuran bermula 31 Oktober ini dengan jumlah bayaran RM10 juta setiap kali transaksi.

Dalam penghakimannya, panel tersebut berpendapat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah tidak salah arah mahupun terkhilaf dalam keputusan pada 10 Mac 2016, yang memerintahkan Mahmud Abu Bekir, membayar mutaah RM30 juta terhadap Shahnaz.

“Berdasar penelitian, kami mendapati bahawa hakim bicara berada dalam kedudukan terbaik dalam membuat dapatan, tidak ada kekhilafan.

Mahkamah dengan ini menolak rayuan dari kedua-dua belah pihak, (Mahmud Abu Bekir dan Shahnaz) dan mahkamah berpendapat, keputusan untuk membayar RM30 juta adalah betul dari segi prinsip, undang-undang dan hukum syarak, oleh itu keputusan itu dikekalkan,” kata Hakim Syarie Saarani.

Mahmud Abu Bekir dan Shahnaz, bernikah pada 9 Januari 1992, dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya, 25, namun pada pada 11 Mei 2011 mereka bercerai dengan talak satu.Pada 9 Jun 2011, Shahnaz yang merupakan kakak kepada ratu jazz negara Datuk Sheila Majid memfailkan tuntutan mutaah sebanyak RM100 juta daripada bekas suaminya itu.

Bagaimanapun, pada 10 Mac 2016, Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Mahmud Abu Bekir membayar mutaah RM30 juta selepas memutuskan bahawa Shahnaz, berhak menerima tuntutan (RM30 juta) selain mengambil kira kesedihan akibat diabaikan lebih 10 tahun oleh Mahmud Abu Bekir.

Jumlah RM30 juta yang diputuskan oleh mahkamah itu difahamkan adalah jumlahyang tertinggi dalam kes tuntutan mutaahsetakat ini.

Mahmud Abu Bekir kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan tiga hari selepas itu namun pada 21 Mac 2016, Shahnaz yang tidak berpuas hati dengan jumlah RM30 juta juga memfailkan rayuan silang.

Pada 30 Mac 2016 Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan Mahmud Abu Bekir menangguhkan pelaksanaan perintah pembayaran mutaah tersebut.

Mahmud Abu Bekir diwakili peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar manakala Shahnaz diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Kadir dan Dr MohdRafie Shafie.

Ketika ditemui pemberita di luar bilik bicara, Shahnaz yang memakai jubah dantudung serba biru serta tidak lekang dengan senyuman memberitahu dia bersyukur dengan keputusan mahkamah dan berterima kasih kepada semua pihak terutama keluarga dan peguam yang sentiasa bersamanya. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13152

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12621

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news