Majoriti Lelaki Murung Sebab Duit Dan Perempuan 0 7298

Kemurungan merupakan satu penyakit mental berkaitan dengan mood/emosi. Kemurungan bukan kesedihan oleh kerana ia mempunyai ciri-ciri tertentu dan biasanya berpanjangan dan akan mengakibatkan fungsi seseorang individu itu terjejas.

Antara simptom-simptom kemurungan melibatkan simptom fizikal iaitu sukar tidur, mudah letih dan kurang selera makan. Simptom psikologikal pula adalah perasaan tidak berguna, kurang jati diri, tiada keupayaan untuk bergembira dan juga merasa emosi itu murung. Kadangkala juga ada pesakit yang akan memikirkan mati dengan cara membunuh diri.

Malahan, kemurungan merupakan satu faktor yang boleh mengakibatkan kejadian seperti ini terjadi. Akhir sekali adalah simptom kognitif dimana individu yang murung sukar untuk mengingati dan mempunyai kekurangan didalam aspek fokus dan konsentrasi.

Biasanya simptom ini pula akan mengakibatkan seseorang itu ditempat kerja seolah-olah buat2 busy i.e presenteeism tetapi, dia sebenarnya tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja yang diberikan Purata rakyat Malaysia yang mengalami kemurungan.

Lebih kepada perempuan atau lelaki? Mengapa?Mengikut kajian, kemurungan biasanya berlaku dikalangan kaum hawa. Sebabnya tidak begitu jelas tetapi ada penyelidik mengatakan bahawa kaum wanita lebih senang meluahkan perasaan mereka dan juga mungkin dibebani dengan kerja harian yang melibatkan penjagaan keluarga dan juga kerja harian.

Bagi lelaki pula, satu teori kenapa ia lebih wanita dari lelaki adalah mungkin mereka (kaum lelaki) ini mengalami kemurungan tetapi menggunakan kaedah lain untuk memulihkan diri sendiri seperti penggunaan dadah seperti alkohol antaranya.

Oleh kerana itu, mereka tampil untuk bantuan lambat ataupun diagnosa awal mereka adalah masalah dadah walhal mereka mungkin mengalami kemurungan dahulu yang menyebabkan mereka mengambil dadah tersebut.

Didalam hidup(lifetime prevalence), prevelan mendapat kemurungan adalah lebih kurang 12 – 14%.Faktor menyebabkan kemurungan?Berbagai-bagai faktor yang boleh menyebabkan kemurungan.

Diantaranya adalah, penggunaan dadah pada usia awal, keluarga yang mempunyai ahli yang mengalami kemurungan(family history),stres yang kronik, tekanan kehidupan dan juga, personaliti yang lebih risau/gelisah, masalah kekeluargaan, masalah kesihatan kronik dan sebagainya.

Bagaimana seseorang tahu bahawa dirinya menghidap penyakit ini? Biasanya sukar untuk mengetahui tanpa mengenali isu kemurungan ini. Simptom2 awalan berbagai, akan tetapi mereka ini pastinya akan mengalami antara dua simptom utama iaitu merasa murung (sedih tanpa sebab yang berpanjangan biasanya lebih dari dua minggu) dan ketidak bolehan untuk bergembira (anhedonia).

Cara lain adalah dengan menggunakan soalan saringan yang dipanggil DASS ataupun Depression Anxiety Stress Scale. Alat saringan ini dan seangkatan dengannya dapat membantu kita mengenali adakah .

Ada langkah pencegahan awal tak?Bagi kaum lelaki, yang paling penting adalah menjauhkan diri daripada dadah termasuk tembakau, alkohol dan dadah bahaya lain seperti ganja dan lain-lain. Malahan, kajian kini juga mengaitkan individu yang merokok dapat menaikkan risiko tersebut untuk menjadi murung. Meningkatkan cara-cara untuk mengatasistressjuga penting.

kajian menunjukkan bahwa bersukan walaupunlight exercise dapat mengurangkan risko mendapat kemurungan.

Pemakanan sihat dan seimbang juga boleh membantuPerlu ke ambil ubat?Individu yang merasakan diri mereka mungkin mengalami kemurungan seharusanya mendapat bantuan.

Ubatan mungkin diberikan pada awalan oleh kerana individu itu tidak sihat betul contonya ingin membunuh diri, ataupun mempunyai simptom serious lain contonya tidak mahu makan, kurang ingatan mereka jika mahukan ubatan.

Bagi mereka yang ditentukan mengalami kemurungan peringkat sederhana dan teruk, ubatan perlu untuk membantu disamping rawatanpsikososial yang lain. Tidak perlu risau oleh kerana ubatan2 ini selamat dan telah pun ditentukan berkesan.

Bagi doctor, luahan kepada rakan-rakan dan keluarga membantu ataupun tidak?Ia adalah relevan. Kalau ahli keluarga sensitif dan ramah, mungkin boleh memberitahu dan meluahkan perasan. Setahu saya, lelaki memberitahu rakan2 mereka, cuma oleh kerana stigma tinggi maka biasanya mereka kurang bergaul isu ini kerana ia ada juga isu dengan ego seseorang.

Biasanya lelaki akan berasa kurang selesa bercerita, apa nasihat doktor untuk lelaki yang mengalami gangguan kemurungan ini?Datanglah berjumpa dengan kami, kami tidak mengigit. Kedua, semua luahan pesakit adalah dibawah akta dan ia adalah sulit.

Kalau tak sanggup ataupun malu, gunakanlah perkhidmatanbefrienders KL yang ada dan free. Dapatkan maklumat lebih mengenai isu yang dialami, contohnya saya ada menyediakan podcast http:/play.raku.my/mentalmalaysiayang dapat membantu lebih banyak maklumat yang kita ketahui akan diri dan simptom kita, lebih senang untuk kita berbincangBoleh doktor kaitkan dengan perubatan Islam?

Biasanya kalau seseorang meracau, perubatan Islam akan mengatakan ia disebabkan gangguan makhluk halus.Uztaz Don pun mengatakan bahawa kemurungan itu sahih (it’s real) dan digalakkan mendapat rawatan dari pakar.

Ini adalah cara ikhtiar. Saya rasa kita masih perlu mendalami isu tersebut sebelum kita mengatakan bahawa ia adalah isu keagamaan/perubtan islamBerjumpa dengan Doktor merupakan langkah terakhir atau awal?Sepatutnya terawal tetapi pada masa kini masih lagi terakhir. Ini adalah disebakan stigma! – Maskulin

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15225

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news