Malaysia berdepan dengan jerebu bermula hari ini 0 6517

SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan negara ini bakal berdepan dengan pencemaran udara atau jerebu bermula hari ini berkemungkinan disebabkan oleh kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera, Indonesia.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, Sumatera terletak di barat daya Malaysia dan pergerakan angin ke negara ini adalah dari arah tersebut.

Menurutnya, tiupan angin tersebut juga dipengaruhi oleh faktor tekanan angin rendah di Laut China Selatan.

“Setakat ini kita mendapati bahawa beberapa kawasan di Lembah Klang seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah terkesan. Jika dilihat kepada keadaan cuaca pagi tadi ada sedikit jerebu.

“Berdasarkan kepada stesen kami di Petaling Jaya, Subang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Negeri Sembilan di Kuala Pilah menunjukkan kadar ketampakan menurun. Semalam, ada satu titik panas di Pahang,” katanya kepada Sinar Harian.

Bacaan IPU di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat jam 5 petang menunjukkan kadar pencemaran udara di kebanyakan kawasan adalah sederhana.
Menurutnya, berdasarkan laporan, terdapat kira-kira 32 titik panas di Sumatera akibat kebakaran yang bakal mempengaruhi kadar pencemaran udara di Malaysia.

“Saya jangkakan negara kita akan mengalami jerebu bagi tempoh seminggu bermula hari ini.

“Selagi kebakaran tidak berjaya dipadamkan, kita akan terus menerima kesan ini atas beberapa faktor utama iaitu arah tiupan angin,” katanya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar rumah sekiranya kadar pencemaran udara tinggi kerana ia memberi kesan kepada kesihatan.

“Ikuti pengumuman yang dibuat pihak berkaitan perkara ini dari masa ke semasa bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Sementara itu tinjauan Sinar harian di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar mendapati indeks pencemaran udara (IPU) di Malaysia setakat jam 5 petang kebanyakan kawasan masih berada pada kadar sederhana. – Sinar Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news