Malaysia dukacita dengan laporan terkini MH17 0 5701

PUTRAJAYA: Malaysia berasa dukacita dengan laporan terkini berhubung insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menuntut supaya dikemukakan bukti dan bukan hanya keterangan dengar cakap, sebelum sebarang dakwaan dilakukan.

Pada Rabu (19 Jun), penyiasat antarabangsa mendakwa empat orang – tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine atas tuduhan bunuh – berhubung insiden menembak jatuh pesawat MH17 pada 2014 di timur Ukraine yang mengorbankan 298 orang.

Dr Mahathir berkata kerajaan berasa kurang senang dengan proses siasatan insiden itu sejak dari mula lagi kerana ia telah dijadikan isu politik.

“Kami berasa sangat dukacita kerana sejak dari awal lagi, ia telah menjadi isu politik tentang bagaimana untuk menuduh Rusia berkaitan salah laku sungguhpun mereka belum mengkajinya lagi,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

“Sejak mula lagi, mereka mahu menuduh Rusia dan kini sudah tentulah mereka kata mereka ada bukti siapakah orang itu. Perkara ini tidak masuk akal.

“Kami mahukan bukti sabitan kesalahan, bagaimanapun setakat ini tidak ada bukti, hanya keterangan dengar cakap,” kata Dr Mahathir.

Pasukan siasatan antarabangsa diketuai Belanda dilaporkan berkata ia akan mendakwa tiga warga Rusia iaitu Igor Girkin, Sergey Dubinskiy dan Oleg Pulatov, serta warga Ukraine Leonid Kharchenko, berhubung insiden menembak jatuh pesawat itu.

Pasukan Siasatan Bersama (JIT) yang menyiasat serangan itu termasuk Australia, Belgium, Malay­sia, Belanda dan Ukraine.

Ditanya sama ada Malaysia menyatakan pendirian itu disebabkan dagangan minyak sawit dengan Rusia, Dr Mahathir berkata itu perkara lain.

Kepada soalan tentang kemungkinan Rusia tidak mahu bekerjasama dalam siasatan itu, Dr Mahathir berkata Malaysia hanyalah sebuah negara yang kecil dan tidak boleh berbuat apa-apa.

“Mereka boleh berkata apa saja, mereka boleh kata ‘jika kami tidak menyukainya dan kami tidak bersetuju’ tiada apa yang kita (Malaysia) boleh buat,” katanya. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news