Marah isteri diintai, lelaki warga asing pukul rakan sekerja menggunakan besi di Sibu 0 6098

SIBU: Seorang lelaki warganegara Indonesia ditahan kerana memukul rakan senegara menggunakan sebatang besi di sebuah kilang papan lapis di Sg. Bidut pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata punca kejadian dipercayai kerana mangsa cuba mengintai isteri suspek yang berada di dalam rumah sekitar pukul 1.50 pagi.

“Pada masa kejadian, suspek baru sahaja sampai di luar rumahnya daripada tempat kerja dan melihat mangsa terbabit cuba membuka tingkap dan pada masa yang sama hanya isterinya berada dalam rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek terus menjerit menyebabkan mangsa melarikan diri namun dapat mengecam mangsa yang berpaling ke arahnya sebelum dia melarikan diri.

Sekitar pukul 7.00 pagi, suspek berjumpa dengan mangsa di kilang tempat kerja mereka dan meminta penjelasan mengapa mangsa cuba masuk ke dalam rumahnya.

“Reaksi mangsa yang agresif menyebabkan suspek mengambil sebatang besi dan kemudiannya memukul kaki sebelah kanan mangsa,” ujarnya.

Sejurus itu, ketua keselamatan kilang berkenaan yang dimaklumkan mengenai kejadian kemudian menghantar mangsa ke Hospital sebelum membuat laporan polis.

Stanley berkata, mangsa kini berada di wad dan patah tulang kaki kanan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Polis merampas sebatang besi yang digunakan dalam kejadian itu sebagai barang kes.

“Suspek telah direman dan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan batang besi,” tambahnya.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13145

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12616

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news