Masing akui harga simen lebih mahal di Sarawak 0 5892

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Masing mengakui harga simen di Sarawak lebih mahal berbanding di Semenanjung Malaysia.

Tetapi tegas Masing ada tiga faktor yang mempengaruhi harga simen di Sarawak yang perlu difahami oleh semua.

“Pertama, tiga bahan mentah yang diperlukan klinker, batu kapur dan satu lagi gipsum yang kita ambil dari Thailand dan harga gipsum dikawal oleh mereka.

“Perkara kedua, di Semenanjung harga lebih murah sebab ada banyak pesaing dan di sini kos pengangkutan adalah mahal.

“Ini antara sebab mengapa harga simen di Sarawak lebih mahal dari Semenanjung Malaysia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan (i-CATS) Kampus Barat di Jalan Stampin Timur di sini malam tadi.

Terdahulu Masing yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan menghadiri Malam Randau Bersama Pelajar Dayak IPTA dan IPTS 2019 di Dewan Tan Sri Aziz di kampus tersebut.

Bagaimanapun menurut Masing, Kerajaan Sarawak boleh berbincang dengan pengeluar simen, CCMS Cement Industries Sdn Bhd, bagaimana dapat menjadikan harga simen lebih sesuai dan tidak membebankan rakyat di negeri ini.

“Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mungkin benar dalam isu ini tetapi anda perlu faham satu daripada komponen pengeluaran simen adalah dari Thailand yang mana dekat dengan Semenanjung Malaysia dan jauh dari kita.

“Ini adalah sebab mengapa harga simen di Sarawak lebih mahal. Tetapi Kerajaan Sarawak boleh bincang dengan CMS untuk menurunkan sedikit harga pada kadar yang lebih sesuai,” katanya.

Lim semalam mendedahkan harga simen di Sarawak secara ketara lebih tinggi berbanding Semenanjung Malaysia.

Justeru beliau berkata satu penyiasatan diperlukan bagi menentukan sama ada harga tersebut akibat monopoli industri tempatan atau sebaliknya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12903

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news