Maszlee: Isu 1MDB akan diajar di sekolah 0 6790

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini berjanji untuk memasukkan skandal 1MDB dalam subjek sejarah Malaysia bagi memastikan kesalahan itu tidak berulang.

“(Topik) mengenai 1MDB akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada sejarah supaya generasi muda tidak akan mengulangi kesalahan sama.

“Saya setuju kesalahan lampau perlu diambil iktibar,” katanya di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun Maszlee tidak menjelaskan sama ada topik tersebut akan dimasukkan ke dalam buku teks atau dijadikan sebahagian daripada topik perbincangan pelajar.

Ahmad Maslan (BN-Pontian) kemudian bangun bertanya sama ada menteri akan turut memasukkan kes kehilangan wang Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak RM31.5 bilion berikutan urus niaga mata wang asingnya dari 1992 hingga 1994.

Sebelum itu, Ahmad bertanyakan tentang jangka masa yang diperlukan sebelum sesuatu kejadian boleh dianggap sebagai sebahagian daripada sejarah supaya ia tidak dilupakan.

Beliau juga bertanya sama ada 60 sekolah persendirian Cina turut mempelajari sejarah Malaysia.

Menjawab soalan itu, Maszlee berkata, Dewan Bahasa dan Pustaka, yang merupakan agensi kerajaan bertanggungjawab menyelaras penggunaan bahasa Melayu dan sastera Melayu di negara ini, kini berbincang dengan sekolah persendirian terbabit.

Katanya, sejak tahun lepas, silibus sejarah yang diajar di sekolah tidak lagi didasarkan kepada hafalan fakta, tetapi pelajar, antara lain, turut dikehendaki menjalankan projek berkaitan.

Bagaimanapun katanya, guru sejarah perlu dilatih semula bermula tahun depan bagi membantu mereka berfikir secara kritis dan analitis ketika mengajar subjek tersebut. – Free Malaysia Today

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13162

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12628

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news