KUCHING: Mayat seorang lelaki tanpa identiti yang dipercayai lemas ditemui terapung di Sungai Jalan Petanak di sini pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan penemuan tersebut kira-kira jam 11.04 pagi, setibanya di tempat kejadian didapati benar ada mangsa lemas yang dilihat terapung ditepi sungai Petanak.
βTiga anggota Bomba bertindak turun ke sungai untuk mendapatkan mangsa tersebut.
βMangsa berjaya dibawa ke tepi seterusnya untuk diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,β katanya.
Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang maklumat berkaitan identiti mangsa ditemui.
Siasatan awal mendapati, mangsa adalah seorang lelaki berumur lingkungan 30an. – Sarawakiana