Mayat mangsa bot karam di Sungai Kanowit ditemui pagi ini 0 6148

Kanowit: Mayat seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang di di Sungai Kanowit di Jalan Bukong-Jagoi berjaya ditemui oleh pasukan Bomba sekitar jam 8.10 pagi tadi.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Carlos Anak Paee berusia 15 tahun dijumpai tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Mangsa dilaporkan hilang semalam setelah perahu yang dinaiki mangsa bersama 3 orang rakan mangsa karam setelah dihanyutkan oleh arus sungai dan menyebabkan mangsa hilang dibawa aris deras.

Setakat ini mayat telah dibawa ke darat oleh pasukan Bomba dan dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13957

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13121

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news