Perhimpunan Aman Solidariti MA63 di Sibu pada 2 Mac 0 6061

KUCHING: Kelab Kesetiaan Sarawak bersama kelab dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Zon Tengah akan mengadakan Perhimpunan Aman Solidariti MA63 Sarawak 2019 Edisi Sibu pada pukul 2 petang, 2 Mac depan.

Jurucakap penganjur, Abdul Halim Hamdian dan Abang Mohamad Hafiq Abang Kassim berkata ia merupakan kesinambungan Perhimpunan Aman Solidariti MA63 Sarawak 2019 di Padang Merdeka di sini, pada 9 Januari lepas.

Di Sibu, program itu akan diadakan di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang.

Ads by AdAsia
“Objektif utama Program Solidariti MA63 Sarawak 2019 Edisi Sibu adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Sarawak betapa pentingnya Hak-hak Sarawak didalam Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 (MA63).

“Inisiatif ini dalam usaha bagi menyampaikan mesej kepada Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan yang anak-anak Sarawak mahukan Hak Sarawak dalam MA63 yang sudah terhakis dipulihkan, dikembalikan kepada Sarawak dan dihormati oleh semua pihak di samping membantu rakyat terutamanya Anak Sarawak untuk memahami dengan lebih mendalam kepentingan MA63 dan Hak Sarawak secara langsung,” kata mereka menerusi satu kenyataan, hari ini.

Penceramah daripada pelbagai lapisan Anak Sarawak secara sukarela dilantik untuk memenuhi slot Ucapan Solidariti MA63 terdiri daripada Hamden Merais mengenai Penubuhan Malaysia; Abang Mohamad Hafiq Abang Kassim (Pendidikan dan Kesihatan); Alexander Frederick Diglin (MA63; Visi dan Harapan Para Pengasas); dan Abdul Halim Hamdian (Kedaulatan Sarawak Asas Perpaduan Anak Sarawak).

Majlis dijadual akan diakhiri dengan bacaan ikrar dipimpin Mohamad Arhman Ahmad Mahdi dan majlis menandatangani panel ikrar.

Acara sampingan iaitu Majlis Tahlil Hari Pahlawan Sarawak akan diadakan
pada pukul 10 pagi di pekarangan Makam Pahlawan di Masjid An-Nur bagi menghormati Allahyarham Rosli Dhoby dan para sahabat beliau.

“Kita juga dalam perancangan untuk mengadakan beberapa siri program yang sama diseluruh bandar utama di Sarawak pada tahun ini,” kata kenyataan itu.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13147

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12618

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news