Mayat wanita warga emas ditemui dalam kumbahan najis 0 6033

Misteri kehilangan seorang warga emas sejak enam hari lalu akhirnya terjawab apabila mayat wanita itu ditemui dalam lubang kumbahan najis di belakang rumahnya di Kampung Sungai Burung, di Balik Pulau hari ini.

Mayat Faridah Hashim, 63, ditemukan menantu lelakinya pada jam 2.30 petang semasa mencari ibu mentuanya di sekeliling kawasan rumah.

Wanita itu dipercayai dibunuh dan mayatnya ditemui dalam lubang kumbahan najis yang bertutup sedalam 1.5 meter, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A.A. Anbalagan di Balik Pulau.

Beliau berkata wanita itu dikatakan hilang sejak 19 Sept lepas dan anggota keluarganya membuat laporan polis berhubung kehilangan itu pada 21 Sept.

“Polis dengan bantuan pihak bomba mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan mayat wanita itu yang sudah berulat dan hasil pemeriksaan awal pasukan forensik menemui kesan kelar di bahagian depan lehernya,” katanya.

Beliau berkata polis menemui sebilah pisau yang dipercayai diguna untuk membunuh wanita itu berhampiran tangki najis berkenaan dan kesan darah pada penutup lubang najis itu.

Anbalagan berkata berikutan penemuan mayat itu, polis kini mencari anak lelaki wanita berkenaan bagi membantu siasatan kes itu. Lelaki terbabit juga telah menghilangkan diri sejak 19 Sept lepas.

Beliau berkata polis percaya lelaki berusia 29 tahun itu merupakan orang terakhir dikatakan bersama wanita berkenaan pada pagi 19 Sept lepas.

“Mangsa tinggal di rumah itu bersama anak perempuannya serta suspek, menurut anak perempuan mangsa, dia keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi dan ketika itu ibunya sedang menunaikan solat manakala adik lelakinya sedang tidur dalam bilik.

“Anak perempuan mangsa itu balik kerja kira-kira pukul 8 malam dan mendapati ibu dan adik lelakinya itu tiada di rumah. Dia cuba menghubungi telefon bimbit mereka tetapi tidak dijawab,” katanya.

Beliau berkata lelaki yang tidak bekerja dan mempunyai dua rekod lampau kerana mencederakan kakaknya itu sering menghidu petrol untuk menjadi khayal dan dikatakan akan memarahi ibunya jika tidak diberi wang.

Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news