MD, CEO UEM Sunrise letak jawatan 30 Oktober 0 5251

MD, CEO UEM Sunrise letak jawatan 30 Oktober

KUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Anwar Syahrin Abdul Ajib yang akan berkuat kuasa pada 30 Oktober.

Pengerusinya, Datuk Noorazman Abd Aziz, berkata Anwar melepaskan keahliannya dalam Jawatankuasa Lembaga Pembangunan; Jawatankuasa Lembaga Tadbir Urus dan Risiko; serta Jawatankuasa Lembaga Tender berkuat kuasa 19 Oktober 2020.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Anwar atas kepimpinan dan sumbangannya selama enam tahun ini. UEM Sunrise telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa dan mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri dengan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan pelbagai pihak berkepentingan di Malaysia, Australia dan Afrika Selatan.

“Kami mendoakan kejayaan beliau dalam segala usahanya pada masa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini, menyatakan Lembaga Pengarah telah memulakan proses formal untuk mengenal pasti calon jawatan MD dan CEO.

Noorazman berkata, satu Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah telah dibentuk untuk memberikan penyeliaan secara am dan tadbir urus semasa tempoh peralihan.

Beliau berkata, Lembaga Pengarah mempunyai kepercayaan penuh terhadap pasukan pengurusan dalam menguruskan operasi harian syarikat, selain memastikan tiada gangguan terhadap kecemerlangan produk dan perkhidmatan UEM Sunrise.

Pada 9 Oktober, UEM Sunrise mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa Anwar Syahrin telah memberikan notis peletakan jawatannya untuk meneruskan peluang kerjaya lain. – Bernama dari Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12982

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12362

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news