Media kini semakin bebas – Dr Wan Azizah 0 5866

PORT DICKSON, 12 Okt (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata media kini semakin bebas dalam membuat laporan berita di bawah pentadbiran kerajaan baharu.

Katanya, kebebasan itu seharusnya digunakan sebaik mungkin oleh pengamal industri itu untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Apabila kerajaan baharu mengambil alih pentadbiran negara, media itu memang kita beri kebebasan, dan kemudahan diberikan tidak kira media itu daripada mana.

“Saya rasa sekarang suasana kebebasan itu ada, saya rasa bukan sahaja warganegara biasa yang merasakannya tetapi saya rasa pihak media juga berasa begitu,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kebebasan itu tidak harus disalah guna dan media perlu sentiasa mengamalkan etika kewartawanan yang baik serta bertanggungjawab ke atas setiap laporan yang dikeluarkan selain tidak memutarbelitkan fakta atau membuat spekulasi melulu.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan media pada PRK Port Dickson berbanding laporan media sewaktu di bawah pemerintahan kerajaan yang terdahulu.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah, yang juga presiden PKR berpendapat, PRK kali ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden walaupun ia menyaksikan pertembungan sengit antara calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan calon lain.

“Kita ada bekas menteri besar, personaliti media sosial dan calon lain yang bersama-sama bertanding bagi PRK kali ini,” katanya selain mengharapkan pengundi Port Dickson memberi peluang kepada Anwar untuk menjadi wakil rakyat mereka.

PRK Parlimen Port Dickson esok akan menyaksikan saingan tujuh penjuru antara Anwar dengan calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad serta bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news