Media massa kini lebih bebas – Dr Mahathir 0 5789

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui media massa ketika ini lebih bebas berbanding dengan ketika kerajaan sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, sepanjang beliau menjawat jawatan itu selama 22 tahun sebelum ini pun, beliau sentiasa bersedia bertemu dengan pihak media.

“Saya tidak pernah tolak media. Selama 22 tahun jadi Perdana Menteri, bila media nak jumpa, saya jumpa. Sekarang ini lebih dari itu kerana media sudah bertambah, tidak seperti dulu. Dulu ada dua stesen televisyen saja sekarang ada 10.

“Kita kena ada interaksi dengan media barulah kita tahu apa yang rakyat fikir dan tidak senang hati, dengan adanya media, baru kita akan lebih jelas.

“Saya nak dakwa saya dulu pun toleran… banding saya dengan kerajaan lepas (yang) tak berani berhadapan dengan media, tak berani jawab, tahan ini tak boleh cakap itu tak boleh cakap, saya dulu toleran lebih toleran daripada apa yang ada,” katanya pada Program Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Seksyen 15 di sini, hari ini.

Program itu dikendalikan oleh moderator Tan Sri Johan Jaafar. Hadir sama, Tun Dr Siti Hasmah.

Dr Mahathir berkata, pertemuan dengan pihak media juga memberi peluang kepadanya untuk menjelaskan sesuatu isu dan perkara.

Katanya, jika pihak media tidak bertanyakan isu kepadanya, beliau tidak boleh menjawabnya.

Pada masa sama, tambah beliau, kerajaan juga perlu bersikap toleran dan mendengar pendapat orang lain termasuk pembangkang.

Katanya, beliau berpendapat kehadiran parti lawan juga penting kerana mereka bertindak seperti cermin kepada kerajaan.

“Kalau parti lawan ditutup mulutnya, tak guna, kerana dia menjadi seperti cermin kepada kita. Kalau tidak ada parti lawan buat teguran, kita akan menyeleweng.

“Kalau teguran yang dibuat itu tidak berasas, kita boleh jawab, bila kita boleh jawab orang ramai akan dapati teguran itu tidak kena,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, ketika ini parti pembangkang tidak menggunakan peluang mereka berada di Parlimen dengan sebaiknya – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13942

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13100

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news