MUKAH: “Kalau kita menang 28 kerusi, senang kita minta apa-apa saja daripada Putrajaya,” kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada majlis perasmian Pesta Balingian@Sesok di Kampung Sesok pada Sabtu.
“Kita akan kekalkan kemenangan 25 kerusi dan tiga lagi akan kita rampas balik,” kata beliau menambah, ini sekali gus menjadikan Sarawak negeri penyumbang utama dari segi jumlah kerusi kepada Barisan Nasional (BN)
Abang Johari menambah, “dengan adanya 28 kerusi ini, suara kita menuntut hak Sarawak terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (juga) semakin kuat.”
Bagi Abang Johari elemen perpaduan tidak harus dipandang ringan oleh penduduk di negeri ini.
Beliau yakin penyelesaian perbalahan dua parti kaum Cina iaitu Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang sudah diselesaikan melalui tandatangan MoU yang termeterai, kemenangan bagi kerusi yang tewas pada PRU13 lepas amat cerah.
Berkaitan pembangunan Mukah, Abang Johari mahu rakyat setempat menerima perubahan teknologi pada era digitalisasi seterusnya sedia menyahut ekonomi digital inisiatif kerajaan negeri. –Sarawakvoice
Foto : Bahud Pady