Menteri jamin tiada tol di Lebuhraya Pan Borneo 0 8078

Menteri Kerja Raya Baru Bian meberi jaminan tiada tol akan dibina sepanjang Lebuhraya Pan Borneo.

Baru dipetik FMT sebagai berkata bahawa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan menghormati janji untuk tidak mengenakan bayaran terhadap pengguna yang menggunakan lebuh raya itu.

“Biar saya katakan dengan jelas, sejak awal kerajaan HARAPAN tidak berhasrat mengenakan tol di Lebuhraya Pan Borneo. Ini merupakan salah satu janji kita.

“Saya memberi jaminan kepada Sabah dan Sarawak bahawa tiada tol akan dibina di lebuh raya itu,” katanya.

Menteri itu juga menegaskan bahawa kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini berhubung penghapusan tol lebuh raya yang tidak dapat dilaksanakan hanya merujuk kepada semenanjung Malaysia.

“Kita faham kenyataan Dr Mahathir sebenarnya merujuk tol lebuh raya di semenanjung.

“Saya sudah mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara ini dan Dr Mahathir telah mengesahkannya. Ia juga sudah dibangkitkan di parlimen,” tambahnya.

Jumaat lalu, Dr Mahathir mengakui bahawa beliau pada mulanya tidak bersetuju dengan janji memansuhkan tol dan menyifatkan manifesto HARAPAN sebagai “membebankan”.

Bercakap kepada FMT semalam, Parti Bersatu Sabah (PBS) mempersoalkan sama ada kenyataan Dr Mahathir bercanggah dengan janji kerajaan Sabah untuk tidak mengenakan tol di Lebuhraya Pan Borneo yang dijangka menjadi lebuh raya paling panjang setelah siap dibina.

“Saya sangat berharap U-turn terbaru ini tidak melibatkan lebuh raya berkenaan demi rakyat negeri ini,” kata Setiausaha Agung PBS Johnny Mositun.

Berhubung projek lebuh raya berkenaan, Baru berkata pembinaannya sebelum ini mengalami penangguhan susulan isu dengan bayaran terhadap kontraktor, penuntutan tanah dan pengusiran.-Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12982

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12362

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news