Miliki dadah, warga asing ditahan di Miri 0 6554

BINTULU: Seorang warga asing ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik (BSJND) Bintulu, petang semalam kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 53 gram, yang dianggarkan bernilai RM 6, 500.

Dalam serbuan yang dijalankan oleh pasukan BSJND Bintulu sekitar jam 2.20 petang itu, suspek 34 tahun, yang juga penganggur itu telah ditangkap dalam serbuan yang dijalankan ke atas sebuah rumah di Jalan Tanjung Batu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili, ketika dihubungi hari ini mengesahkan, semasa serbuan dijalankan, suspek cuba melarikan diri, namun berjaya dikepung oleh polis.

“Pemeriksaan yang pasukan kita jalankan telah menjumpai satu kotak rokok, yang mana dalamnya terdapat satu bungkusan lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal dipercayai mengandungi dadah jenis syabu,” ujarnya.

Zukipli berkata, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek turut mengesahkan suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Katanya, dengan tertangkapnya suspek telah menyelesaikan satu lagi kes penyalahgunaan dadah di bahagian ini khususnya yang melibatkan warga asing.

“Dalam pada itu, pihak polis akan menggiatkan lagi usaha bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah yang berlaku di bahagian ini, dari masa ke masa, bagi memastikan Bintulu bandar bebas dadah,” tambahnya.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori, jika disabit salah.-Utusan Borneo Online

Dadah jenis syabu yang berjaya dirampas dari suspek dalam serbuan yang dijalankan BSJND Bintulu petang Rabu.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12984

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12364

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news