Minuman keras, mercun dan rokok bernilai RM200 ribu dirampas kastam di Sibu 0 6327

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak berjaya mematahkan sindiket penyeludupan minuman keras, rokok dan mercun dengan nilai rampasan termasuk cukai di Sibu pada Rabu lalu.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata rampasan itu dibuat selepas pihaknya mendapati terdapat aktiviti penjualan dan penyimpanan minuman keras dan rokok yang disyaki tidak lulus kastam di dua premis di kawasan Permai Jaya Sibu.

“Melalui hasil pemantauan susulan, satu pasukan serbuan yang dianggotai oleh seramai 18 anggota dari Cawangan Penguatkuasaan Sibu, Kuching dan Sarikei membuat serbuan di kedua-dua premis terbabit sekitar jam 5.30 petang pada 15 Mei lalu.

“Hasil serbuan ke atas kedua-dua premis di Jalan Permai Jaya, Sibu telah membawa kepada tangkapan seorang lelaki dan rampasan beberapa barangan yang disyaki tidak lulus kastam.

“Jumlah nilai dan cukai barangan yang dirampas dianggarkan sebanyak RM200,203.92 dengan merangkumi sejumlah 8,164.76 liter minuman keras pelbagai jenama, 998.25 kilogram mercun dan 14,320 batang rokok pelbagai jenama,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Sharifah berkata, individu terbabit ditahan kerana disyaki menjual minuman keras dan rokok yang belum lulus kastam kepada pelanggan di kedainya – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12968

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12248

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news