MITRA mungkin diperluas ke Sarawak, Sabah – Waytha 0 5745

KOTA SAMARAHAN: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) P. Waytha Moorthy berkata Unit Transformasi India Malaysia (MITRA) mungkin diperluaskan ke Sarawak dan Sabah.

Beliau berkata di bawah MITRA, kaum India di Sarawak khasnya akan dibantu untuk maju dalan pendidikan, ekonomi dan kesejahteraan sosial.

“Saya akan bertemu dengan kaum India di Sarawak, mungkin bulan depan untuk mendengar sendiri isu dan masalah dihadapi mereka.

“Secara amnya kerajaan (persekutuan) membantu kaum India di Semenanjung Malaysia khasnya dalam pendidikan dan ekonomi menerusi MITRA, kemungkinan besar MITRA diperluaskan ke Sarawak dan Sabah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Perpaduan Demi Negara Peringkat Negeri 2019 di Dewan Suarah di sini hari ini.

Waytha mengakui beliau tidak begitu maklum mengenai komuniti India di Sarawak sebelum ini.

“Saya mengakui tidak begitu maklum mengenai komuniti India di Sarawak, tetapi pagi ini saya dimaklumkan mengenai kewujudan komuniti itu ketika bertemu dengan ketua masyarakat kaum India dan memaklumkan India di Sarawak jumlahnya sedikit.

“Saya maklumkan kepada mereka agar mengatur satu pertemuan bersaingan dengan saya nanti. Saya yakin mereka mempunyai isu unik di Sarawak,” ujarnya.

MITRA atau sebelum ini dikenali Unit Pembangunan Sosioekonomi untuk Masyarakat India (SEDIC) memberi fokus kepada pemberdayaan kaum India untuk pembangunan yang mampan dalam pendidikan, ekonomi, kesejahteraan sosial dan manusia kecemerlangan.

Unit yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab ke atas pembangunan sosioekonomi kaum India Malaysia.

Ia akan memberi kesan kepada kawasan tumpuan utama (KRA) yang terdiri daripada pendidikan, kebajikan sosial, ekonomi dan kerjaya, perancangan dasar, indentiti dan inklusif, serta projek khas. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13169

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12635

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news