‘Mudah urus jenazah mereka’ 0 6189

KUALA LUMPUR : “Urusan kami menguruskan jenazah Allahyarham Yahya Ali, 24, dipermudahkan. Mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian itu,” kata Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah (SPJ) Malaysia, Mohammad Rafieudin Zainal Rasid, 27.

Beliau bersama sembilan lagi rakan daripada SPJ diberi tanggungjawab untuk menguruskan enam jenazah anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang lemas ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki di lombong Putra Perdana, Puchong, Rabu lalu.

Menurut Mohammad Rafieudin, apa yang diceritakan oleh rakannya dalam status Facebook memang benar-benar berlaku pada hari kejadian.

“Sebelum ini, SPJ banyak menguruskan kes sebegini. Antaranya kes yang terbesar, menguruskan jenazah 80 orang yang mati bot dalam karam di Indonesia dan jenazah 20 pelajar serta tenaga pengajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar pada September 2017.

“Namun apa yang istimewanya dalam kejadian kali ini, jenazah perwira negara dalam keadaan sempurna dan semuanya termasuk Allahyarham Yahya kelihatan seolah-olah tersenyum,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Enam anggota bomba lemas ketika operasi menyelamat remaja lelaki adalah Mohd Fatah Hashim, 34, Izatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang.

Manakala, dari BBP Shah Alam pula adalah Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Beliau berkata, mereka mula menguruskan jenazah pertama pada jam 2.30 pagi sebaik proses bedah siasat selesai dan jenazah terakhir pada jam 7.20 pagi di Hospital Serdang.

Katanya, jenazah Allahyarham Yahya adalah yang kedua terakhir dimandikan namun, ketika itu, ia diuruskan oleh rakan sepasukannya.

“Menurut rakan saya, menguruskan jenazah Allahyarham adalah satu kenangan yang tidak mungkin dapat dia lupakan. Malah, sepanjang tempoh dimandi dan dikafankan, wajah Allahyarham sentiasa tersenyum.

“Apa yang paling ajaib ketika proses penghantaran jenazah ke pesawat. Timbangan jenazah sangat ringan sedangkan keranda yang digunakan ketika itu, seberat kira-kira 40 kilogram (kg),” katanya.

Katanya, beliau percaya semua yang berlaku pada hari kejadian adalah kelebihan yang dikurniakan Allah apabila ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan syahid akhirat iaitu bergadai nyawa menyelamatkan orang lain.

“Wajah mereka juga kelihatan berseri menandakan ciri bagi seseorang yang meninggal dunia dalam keadaan Husnol Khatimah (pengakhiran hidup yang baik).

“Alhamdulillah, dari mula menguruskan sehingga jenazah dikebumikan di kampung masing-masing berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak.

“Mudah-mudahan roh mereka ditempatkan di syurga dalam kalangan mereka yang beriman,” katanya – Berita Harian online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news