Muzium Ranee rungkai sejarah permaisuri Sarawak 0 6053

Dengan kedudukannya di bangunan Rumah Mahkamah Lama di bahagian bandar lama Kuching, pengunjung yang ingin meninjau sejenak sejarah sebelum kemerdekaan Sarawak akan dengan mudah mengesan bangunan Muzium Ranee.

Muzium Ranee, yang dilancarkan secara rasmi pada 24 Sept lepas oleh pengasas ‘Brooke Heritage Trust’, Jason Brooke, yang juga keturunan Charles Brooke, memaparkan sejarah dan warisan budaya Sarawak.

Muzium itu mempamerkan satu koleksi unik mengandungi artifak yang berhubung dengan kehidupan menarik seorang legenda dan legasi sejarah iaitu Margaret de Windt, yang mengahwini Rajah Sarawak yang kedua pada 1869

Ia juga begitu rapi mendokumenkan untuk tatapan penduduk tempatan iaitu Margaret de Windt adalah ‘the Ranee” atau “Mem Ranee’, permaisuri pertama Rajah Sarawak.

Di samping mempamerkan koleksi ‘keringkam’ milik Ranee Margaret (penutup kepala bersulam), songket, kebarung dan kraf lain seni tekstil lama, pengunjung muzium boleh mendekati Margaret melalui satu galur perjalanan hidup beliau yang menonjolkan tujuan dan identiti beliau yang sebenarnya pada ketika itu di Sarawak.

Pengurus galeri Muzium Ranee, Liza Sideni berkata, kebanyakan gambar dan barang yang dipamerkan dalam galeri itu adalah milik Ranee Margaret, yang sebelum ini disimpan dan diturunkan kepada anggota keluarga beliau sejak beberapa generasi sebelumnya lagi.

“Sesetengah barang di galeri itu dikumpulkan oleh Jason, (yang moyang lelakinya Bertram Brooke adalah Tuan Muda Sarawak) dari London sebelum didokumenkan dan dipamerkan dalam muzium ini,” katanya kepada Bernama di muzium itu.

Meskipun muzium itu baru dibuka, Liza berkata, ia menerima ramai pengunjung dari dalam dan luar negara. Bagaimanapun, beliau tidak dapat menyediakan lagi jumlah pengunjung yang tepat.

Sementara itu, Jeffery McCarthy dari Australia menganggap galeri berkenaan menyediakan pemahaman dan pengalaman emosi yang indah kerana “Ranee Margaret adalah seorang wanita yang sungguh berinspirasi, yang dianggapnya sebagai satu daripada khazanah Kuching”.

“Ia bagaikan pembuka mata dengan sejarah yang agung, sudah pasti dapat mempelajari sesuatu yang baru, saya ingin mempelajari lebih lagi mengenai Sarawak dan orangnya,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung tempatan, Josephine Angkung berkata, muzium berkenaan menyediakan satu kisah menarik seorang Permaisuri yang tidak disebut dalam buku sejarah.

“Satu pemahaman mengenai Ranee, yang menjadi sebahagian daripada sejarah Sarawak, dipamerkan dengan begitu indah, saya dapat mengetahui begitu banyak maklumat mengenai beliau,” katanya. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news