Polis dan bomba selamatkan wanita cuba bunuh diri di Limbang 0 6234

Limbang: Hasrat seorang wanita dikatakan mahu membunuh diri tidak kesampaian apabila dijumpai oleh orang awam dalam keadaan mencurigakan didalam sebuah kereta jenis Myvi dijalan Taman Keramat Limbang sekitar jam 1 petang tadi.

Susulan daripada insiden pihak polis dan bomba telah dihubungi untuk memujuk mangsa untuk membuka pintu.

Mangsa akhirnya berjaya dipujuk untuk membuka pintu. Hasil pemeriksaan beberapa pil dijumpai bersama mangsa di dalam kereta. Setakat ini punca mangsa berbuat demikian masih lagi dalam siasatan. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13014

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12486

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news