Nahas Lion Air: Mayat ditemui tak sempurna 0 6215

Operasi mengesan bangkai pesawat Lion Air masih berterusan setakat tengah hari ini dengan tumpuan pencarian oleh pasukan penyelam.

Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi berkata sebanyak 35 penyelam kini melakukan pencarian di perairan Tanjung Karawang, lokasi kapal itu terhempas di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628 , selepas pesawat itu berlepas 6.20 pagi semalam dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

“Kedalaman perairan itu hanya 35 meter, kami mengharapkan dapat segera menemukan bangkai pesawat itu,” katanya.

Operasi pencarian itu turut melibatkan pasukan tentera, polis dan Basarnas yang menggunakan 19 kapal dan tiga helikopter.

Menurut laporan media Indonesia, permukaan berlumpur di perairan itu menyukarkan proses pencarian bangkai pesawat berkenaan.

Sementara itu Ketua Pusat Kedokteran Kesehatan Polis Indonesia (Polri) Brig Jen Dr Arthur Tampi menjelaskan mayat penumpang yang ditemui setakat ini semuanya dalam keadaan tidak sempurna.

“Bukannya 24 jenazah, mungkin lebih dari itu, yang dihantar ke hospital adalah 24 kantung (bungkusan) jenazah (berisi anggota-anggota badan). Jenazah yang ditemui tidak sempurna,” katanya.

Beliau berkata pihak berkuasa setakat ini telah mendapatkan 80 profil asid deoksiribonukleik (DNA) daripada anggota keluarga penumpang.

“Setakat 1 tengah hari ini belum dapat diidentifikasikan lagi jenazah terbabit, kami akan lakukan secepat mungkin, jenazah akan diserahkan kepada keluarga mangsa selepas dikenal pasti menerusi ujian DNA ini,” katanya.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13217

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12678

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news