Nahas Lion Air: Naskhah surah Yasin antara ditemui 0 5757

JAKARTA – INDONESIA . Naskhah surah Yasin antara ditemui terapung di lokasi pencarian di perairan Karawang, Jawa Barat.

Pasukan penyelam menemui puluhan barang di dalam dan di atas permukaan laut seperti tempat duduk.

Kapolda Jabar Irjen Agung Budi berkata, barangan tersebut di bawa ke pelabuhan Tanjung Priok.

“Barang-barang ditemui diserahkan kepada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) untuk dikumpulkan di Tanjung Priok.

“Hari ini, seramai 18 penyelam secara bergilir-gilir akan melaporkan secara terus kepada Basarnas apabila menemukan barangan dipercayai milik penumpang Pesawat Lion Air, JT 610,” katanya.

Dalam pada itu, pasukan penyelam telah melakukan carian di kawasan sedalam 25 hingga 35 meter dan hanya menemui beberapa bahagian bangkai pesawat pada awal minggu lalu.

Ia berselerakan di merata tempat dan sebahagiannya mungkin telah dibawa arus. – Detiknews

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13191

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12654

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news