Najib didakwa lagi atas tiga tuduhan pengubahan wang haram 0 6163

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam didakwa lagi di Mahkamah Tinggi di sini atas tiga pertuduhan tambahan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta, lima tahun lepas.

Najib, 66, yang bersut biru, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan tambahan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Semalam ditetapkan untuk sebutan kes Najib yang sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana sama.

Bagi tiga pertuduhan tambahan itu, Najib didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang keseluruhannya RM47 juta, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ahli Parlimen Pekan, Pahang itu turut mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas tiga pertuduhan pindaan pecah amanah dana SRC International itu dan tiga pertuduhan pindaan pengubahan wang haram selepas kesemua pertuduhan dibacakan semula terhadapnya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria memaklumkan kepada mahkamah bahawa terdapat tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram dikemukakan terhadap tertuduh.

“Pihak pendakwaan juga telah mengemukakan pindaan terhadap tiga pertuduhan membabitkan dana SRC mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dihadapi tertuduh dan tiga pertuduhahan pindaan membabitkan pengubahan wang haram,” katanya.

Mohamad Hanafiah berkata pihak pendakwaan mengeluarkan perkataan ‘RM4 bilion’ daripada ketiga-tiga pertuduhan pecah amanah yang dihadapi Najib dan bagi tiga pertuduhan pengubahan wang haram, perkataan ‘2001’ ditambah bagi setiap Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan. — Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news