Najib: Kalau harga tak akan turun kenapa mati-matian mansuhkan GST? 0 6091

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan mengapa jika cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak mampu menurunkan harga barangan dan perkhidmatan, mengapa kerajaan Pakatan Harapan (HARAAPN) bermati-matian memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 Jun lalu.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menafikan bahawa beliau pernah berkata bahawa SST akan menurunkan harga.

“Dewan Rakyat kecoh pagi ini apabila menteri kewangan mendakwa bahawa HARAPAN tidak pernah berjanji yang SST akan menurunkan harga barang.

“Sebelum PRU14, ribuan orang keluar ke jalan raya, ratusan ceramah dan propaganda yang kata mansuhkan GST dan pulang kepada cukai SST akan turunkan harga barang.

“Kini tidak pula. Lebih parah lagi ialah HARAPAN dakwa mereka tidak pernah berjanji demikian.

“Kalau tidak akan turunkan harga barang, mengapa bermati-matian mahu mansuhkan GST yang lebih telus dan pulang kepada SST yang banyak kelemahan?” soal Najib melalui satu hantaran di Facebook, hari ini.

HARAPAN ketika melancarkan manifesto PRU-14 pada Mac lalu, menggariskan 10 janji, antaranya menghapuskan GST dan mengembalikan SST dengan potensi penjimatan. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12983

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12363

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news