Najib tahu apa yang Sarawak perlukan, Nancy 0 5847

KUCHING: Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata pada satu forum di Kuala Lumpur hari ini bahawa rakyat Sarawak mahu bekas pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak kembali sebagai Perdana Menteri.

Nancy dalam laporan Malay Mail dipetik sebagai berkata Najib yang berhadapan dengan 42 tuduhan rasuah dan salah guna kuasa berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tahu apa yang diperlukan Sarawak ketika beliau dalam kuasa sehingga pilihan raya umum Mei tahun lepas.

“Jika anda bercakap dengan rakyat biasa Sarawak, mereka mahu Najib kembali kerana beliau pergi ke semua kawasan luar bandar.

“Saya bukan cuba untuk mempromosikan beliau, tetapi beliau tahu apa yang Sarawak perlukan. Beliau pergi ke Sarawak lebih daripada 60 kali dan cuba untuk menjadikan perkara mudah untuk kita.

“Sekarang, kita hanya ada seorang menteri penuh dari Sarawak dan seorang timbalan menteri dari Sarawak. Hanya itu wakil yang kita ada dari Sarawak,” katanya pada forum anjuran Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengenai di mana Malaysia akan berada dalam empat tahun.

Nancy juga berkata, untuk memenangi hati dan minda rakyat Sarawak, Putrajaya harus adil kepada Sarawak terutama mengenai polisi ekonomi.

Katanya, pengurangan dalam bilangan projek-projek dibiayai persekutuan termasuk pembangunan infrastruktur selepas Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya umum tahun lepas telah menjadikan gabungan popular di Sarawak.

“Ia tidak seperti di Semenanjung dimana rakyat bercakap mengenai barang mewah seperti kereta negara ketiga, terowong Pulau Pinang atau lapangan terbang antarabangsa Kedah.

“Jika dibandingkan semua ini kepada Sarawak, keperluan kita adalah lebih terdesak daripada keperluan rakyat di Semenanjung.

“Mengapa anda memotong bajet yang telah diperuntukkan kepada kami? Jangan kata tiada ada wang. Anda ada wang yang diperuntukkan menerusi kami.

“Saya bukan bercakap mengenai projek mega, saya bercakap mengenai projek infrastruktur pada kos kira-kira RM20,000 hingga RM30,000 itu juga dibatalkan,” kata Nancy dalam laporan Malay Mail. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13131

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12504

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news