Nene Chicken Malaysia gesa pihak berkuasa percepat siasatan insiden letupan gas di City One Megamall 0 6343

NeNe Chicken Malaysia gesa pihak berkuasa percepat siasatan insiden letupan gas

NeNe Chicken Malaysia selaku francais yang mengeluarkan lesen kepada kedai di CityOne Megamall yang menyaksikan insiden letupan gas pada Selasa mahu pihak berkuasa berkaitan mempercepatkan siasatan mengenai insiden letupan yang berlaku di pusat membeli-belah itu.

Pengarah Urusannya, Raymond Wong, berkata hasil siasatan perlu diumumkan kepada orang ramai secepat mungkin memandangkan keseriusan insiden yang mengerikan itu.

“Pelantikan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di Restoran NeNe Chicken di CityOne Megamall bukan di bawah bidang kuasa atau skop NeNe Chicken Malaysia.

“Sudah tentu isu keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami tetapi pelantikan kontraktor diatur sepenuhnya oleh pemegang lesen CityOne,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Wong berkata NeNe Chicken Malaysia telah menghubungi pemegang lesen mereka untuk menyediakan dokumentasi yang perlu kerana ia juga dalam proses menjalankan siasatan dalamannya sendiri.

“Kami mengulangi bahawa kami komited sepenuhnya untuk membantu semua mangsa dan keluarga mereka di saat-saat yang sangat trauma ini,” katanya.

Letupan yang berlaku di restoran NeNe Chicken di CityOne Megamall di sini dipercayai disebabkan oleh letupan gas. Tiga maut dan 41 cedera dalam insiden tersebut.

-BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news