Norah bertanding kali ketiga Parlimen Tanjong Manis? 0 5637

KHABAR angin yang sampai ke telinga semakin kuat, membayangkan calon berpotensi Barisan Nasional (BN) di Parlimen Tanjong Manis, tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Norah Abdul Rahman.

Bagi kebanyakan pengundi P.206, pencalonan beliau buat kali ketiga ini memberi kelegaan yang besar kerana prestasi yang sangat memberangsangkan dalam memenuhi tuntutan rakyat di sini.

Tiada calon lain yang lebih berkelayakan daripada beliau kerana beliau sangat ramah menyebabkan rasa dekat dengan penduduk yang berjumlah hampir 30,000 orang ini.

Kerajinan dan kesungguhan beliau dalam melayani rungutan dan kesulitan yang dihadapi setiap isi rumah tanpa mengira waktu, menunjukkan betapa beliau seorang yang berjiwa rakyat.

Dalam 10 tahun ini, beliau sangat berusaha memajukan kampung di samping memastikan setiap projek yang dijanji dapat disiapkan.

Tidak dinafikan, ada kekangan untuk beberapa projek untuk diselesaikan, namun peluang kali ketiga ini pastinya akan merealisasikan perkara yang tertangguh ini.

Ayuhlah pengundi-pengundi di Tanjong Manis, pastikan kemenangan untuk Datuk Norah dalam pilihan raya kali ini agar setiap perancangan yang berjalan dapat ditunaikan. –Sarawakvoice

Foto : Sesar Unjur, lumek & Songket Tanjung Manis / Gambar fail

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news