Operasi mencari dan menyelamat mangsa hilang di Gunung Singai menemui jalan buntu, mangsa masih lagi gagal ditemui 0 6960

BAU: Gerakan mencari seorang pendaki yang hilang di Gunung Singai, Bau, Stanley Kho sejak 3 hari lepas masih menemui jalan buntu setakat pukul 12 tengahari ini.

Kehilangan misteri Stanley, 22 tahun itu turut menarik bantuan dari pasukan gerakan Am, PGA lengkap bersenjata.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Ebby Hirwandy Sarbini pencarian mangsa yang kini meliputi kawasan seluas 5 kilometer persegi masih tidak memberi sebarang petunjuk.

Pendakian 2-ribu kaki selama dua jam hari ini turut melibatkan pelbagai pihak termasuk kumpulan pendaki bebas, polis dan angkatan pertahanan awam, APM seramai 48 orang.

Ebby yang ditemui RTM di lokasi turut mendedahkan mangsa sebelum hilang sempat menghantar beberapa gambar dan visual kepada kawannya melalui media sosial.

Dalam visual terbabit, Stanley menunjukkan kecederaan di bahagian kakinya menimbulkan misteri.

Operasi hari ini turut mencabar dengan hujan lebat menjadikan laluan mendaki menjadi licin.

Stanley dilaporkan hilang petang isnin lalu selepas mendaki gunung itu seorang diri berpakaian seluar jeans biru pendek dan berbaju putih. – RTM Sarawak

 

 

 

 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13925

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13084

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news