MELINTAS sahaja gerai di Festival Makanan Kuching 2018 ini, semua pengunjung pasti tergamam melihat seekor buaya yang sedang dibakar.
Namun, inilah hidangan yang paling unik dan menjadi tarikan di pesta makanan terbesar bandaraya Kuching pada tahun ini.
Hidangan pelik ini dikenali sebagai Kompia Buaya (roti tradisional masyarakat Foochow berintikan daging buaya).
Menurut penjualnya, Jackie Ling, sejak hari pertama Festival Makanan Kuching 2018 diadakan pada 27 Julai, semua pengunjung yang lalu di gerainya terkejut namun akan singgah sama ada untuk melihat menu ‘rare’ ini pada jarak dekat.
Katanya, bagi pelanggan bukan Islam, ramai juga yang mencuba Kompia Buaya yang dijualnya pada harga RM10 untuk tiga keping.
“Ada orang suka, ada juga yang takut sebab kali pertama melihat seekor buaya depan mata.
“Tetapi, ramai juga yang teruja untuk mencubanya,” katanya dalam satu temubual bersama