Orang Utan pakai kaca mata itu mungkin kita tukar sikit 0 5617

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang direka ketika zaman BN akan diubah suai selepas kritikan ia tidak cantik.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Mohammaddin Ketapi berkata, kementeriannya akan membuat pertandingan mengubah suai rekaan logo itu bagi tujuan penambahbaikkan.

“Bukan keseluruhan tak digunakan. Tidak, kita akan guna dengan penambahbaikan.

“Banyak yang buat aduan, tak cantik. Saya menteri baru masuk. Kalau orang dah cakap tak cantik dan kemudian saya cakap lagi cantik, mesti rosak (bercanggah).

“Mungkin orang utan yang pakai kaca mata itu mungkin kita tukar sikit,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di parlimen selepas majlis prapelancaran sebuah acara di parlimen, hari ini.

Mohammaddin berkata pertandingan itu akan dibuka kepada semua dan maklumat mengenainya akan dimaklumkan kemudian.

Logo tersebut dilancarkan bekas menteri pelancongan dan kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Chiang Mai, Thailand sempena Asean Tourism pada awal tahun ini.

Ia mencetuskan kontroversi apabila netizen memberi respon negatif terhadap rekaan itu tetapi Nazri mempertahankannya. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15232

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news