Pantang Larang Adat Perkahwinan Kaum Iban Yang Anda Perlu Tahu 0 15377

Menurut kepercayaan nenek moyang dulu kala, perkahwinan yang terhasil daripada ‘jadi mali’ akan mengundang bencana besar seperti ‘kudi’ atau tanah runtuh. Kehidupan pasangan yang jadi mali juga tidak tenteram atau tidak sihat dan kurang mendapat rezeki dalam kehidupan seharian. Jika mereka di kurniakan anak, kemungkinan anak mereka akan lahir dengan cacat anggota badan atau otak.

Oleh itu, adat mandi darah khinzir di lakukan untuk membatalkan semua bencana tersebut. Bagaimanapun, seiring peredaran zaman yang semakin moden dan canggih adat ini sehingga kini masih di lakukan oleh masyarakat iban.

‘Jadi Mali’ atau perkahwinan terlarang ini boleh kita definisikan sebagai perkahwinan di antara dua orang yang ingin mendirikan rumah tangga tetapi mempunyai hubungan kekeluargaan yang sangat dekat seperti contoh :
Ibu/bapa saudara yang hendak mengahwini anak saudara nya (anak kepada adik atau kakak/abang) dalam adat kaum iban, pada mulanya, apabila ahli keluarga mula mengetahui hubungan pasangan ini, langkah pertama ialah hubungan itu HARUS di tentang dan di halang terlebih dahulu.
Namun, apabila keadaan menjadi tidak dapat di elak kan utk menghalang mereka dari berkahwin, sebagai contoh: si gadis sudah pun hamil maka adat ini harus di lakukan untuk mengelakkan semua bencana dan malapetaka yang di sebabkan oleh ‘jadi mali’ ini berlaku pada masa hadapan.

Adat ini bermula dengan pasangan pengantin harus di lakukan di sungai di mana mereka akan dimandi kan dengan Darah Khinzir (seperti dalam gambar). Pasangan pengantin di payungi dengan ‘Pua Kumbu’ oleh dua orang wanita dan kedudukan pasangan ini haruslah berada pada sebelah hilir sungai.

Sambil menyebut beberapa kata-kata ‘sampi/doa’ semoga kehidupan pasangan tersebut sentiasa selamat dan di lindungi dalam melayari alam rumah tangga.

Adat mandi darah khinzir ini juga turut di sertakan dengan hukuman berupa sebuah kebuk, piring kaca, dan duit hukuman dalam jumlah RM200-300 mengikut berapa dekatnya jarak hubungan kekeluargaan di antara pasangan tersebut. Walau bagaimana pun perkahwinan di antara sepupu tidak termasuk dalam kategori ‘mali’ dalam masyarakat iban.

Dahulu kalau, “Jadi Mali” ini boleh dikenakan hukum Adat lama iaitu kedua – dua akan dibunuh dengan buluh runcing..

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news